NADI ESUKAN-Awareness Class; Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan
4 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Julai 2026, 2 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai Awareness Class Esukan iaitu Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan.
Kelas ini bertujuan membantu peserta mengenalpasti dan mengawal emosi seperti gemuruh, takut, marah atau tertekan semasa pertandingan. Ia juga bertujuan meningkatkan keyakinan diri supaya peserta dapat memberikan prestasi terbaik. Selain itu, ia melatih peserta kekal fokus, tenang dan membuat keputusan yang tepat ketika betanding. Antara manfaatnya pula ialah peserta lebih yakin dan mampu mengawal tekanan sepanjang pertandingan. Prestasi dapat ditingkatkan kerana peserta fokus terhadap tugasan atau cabaran yang dihadapi. Mengurangkan kesilapan yang berpunca daripada emosi yang tidak terkawal.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 3 : Gambar semasa kelas berlangsung.